Sunday, February 20, 2011

Jangan buat org yg mencintai kita kecewa...

1] Orang yang mencintai kamu tidak pernah mampu memberikan alasan kenapa dia mencintai kamu. Yang dia tahu di hati dan matanya hanya ada kamu satu-satunya.


2] Walaupun kamu sudah memiliki teman istimewa atau kekasih, dia tidak peduli! Baginya yang penting kamu bahagia dan kamu tetap menjadi impiannya.


3] Orang yang mencintai kamu selalu menerima kamu apa adanya, di hati dan matanya kamu selalu yang tercantik walaupun mungkin kamu merasa berat badan kamu sudah bertambah.


4] Orang yang mencintai kamu selalu ingin tahu tentang apa saja yang kamu lalui sepanjang hari ini, dia ingin tahu kegiatan kamu.


5] Orang yang mencintai kamu akan mengirimkan SMS seperti ‘Selamat Pagi’,'Selamat Hari Minggu’, ‘Selamat Tidur’, ‘Take Care’, dan lain-lain lagi, walaupun kamu tidak membalas SMS-nya, kerana dengan kiriman SMS itulah dia menyatakan cintanya, menyatakan dalam cara yang
berbeza,bukan “aku CINTA padamu”, tapi berselindung ayat selain kata cinta itu.


6] Jika kamu menyambut hari tahun dan kamu tidak mengundangnya ke majlis yang kamu adakan, setidak-tidaknya dia akan menelefon untuk mengucapkan selamat atau mengirim SMS.


7] Orang yang mencintai kamu akan selalu mengingat setiap kejadian yang dia lalui bersama kamu, bahkan mungkin kejadian yang kamu sendiri sudah melupakannya, kerana saat itu ialah sesuatu yang berharga untuknya.Dan saat itu, matanya pasti berkaca. kerana saat
bersamamu itu tidak bisa berulang selalu.


8] Orang yang mencintai kamu selalu mengingati setiap kata-kata yang kamu ucapkan, bahkan mungkin kata-kata yang kamu sendiri lupa pernah mengungkapkannya. kerana dia menyematkan kata-kata mu di hatinya,berapa banyak kata-kata penuh harapan yang kau
tuturkan padanya, dan akhirnya kau musnahkan? pasti kau lupa, tetapi bukan orang yang mencintai kamu.


9] Orang yang mencintai kamu akan belajar menggemari lagu-lagu kegemaran kamu, bahkan mungkin meminjam CD milik kamu, kerana dia ingin tahu apa kegemaran kamu - kesukaan kamu kesukaannya juga, walaupun sukar meminati kesukaan kamu, tapi akhirnya da berjaya.


10] Kalau kali terakhir kalian bertemu kamu mungkin sedang selesema, atau batuk-batuk, dia akan sentiasa mengirim SMS atau menelefon untuk bertanya keadaan kamu - kerana dia bimbangkan tentang kamu, peduli tentang kamu.


11] Jika kamu mengatakan akan menghadapi ujian, dia akan tanyakan bila ujian itu berlangsung, dan saat harinya tiba dia akan mengirimkan SMS ‘good luck’ untuk memberi semangat kepada kamu.


12] Orang yang mencintai kamu akan memberikan suatu barang miliknya yang mungkin buat kamu itu ialah sesuatu yang biasa, tetapi baginya barang itu sangat istimewa.


13] Orang yang mencintai kamu akan terdiam sesaat, ketika sedang bercakap di telefon dengan kamu, sehingga kamu menjadi bingung. Sebenarnya saat itu dia merasa sangat gugup kerana kamu telah menggegarkan dunianya.


14] Orang yang mencintai kamu selalu ingin berada dekat dengan kamu dan ingin menghabiskan hari-harinya hanya dengan kamu.


15] Jika suatu saat kamu harus pindah ke daerah lain, dia akan sentiasa memberikan nasihat agar kamu waspada dengan persekitaran yang boleh membawa pengaruh buruk kepada kamu. dan jauh dihatinya dia benar-benar takut kehilangan kamu, pernah dengar ‘jauh
di mata, jauh di hati?’


16] Orang yang mencintai kamu bertindak lebih seperti saudara daripada seperti seorang kekasih.


17] Orang yang mencintai kamu sering melakukan hal-hal yang SENGAL seperti menelefon kamu 100 kali dalam masa sehari. Atau mengejutkan kamu di tengah malam dengan mengirim SMS. Sebenarnya ketika itu dia sedang memikirkan kamu.


18] Orang yang mencintai kamu kadang-kadang merindukan kamu dan melakukan hal-hal yang membuat kamu pening kepala. Namun ketika kamu mengatakan tindakannya itu membuat kamu terganggu dia akan minta maaf dan tak akan melakukannya lagi.


19] Jika kamu memintanya untuk mengajarimu sesuatu maka ia akan dgn sabar walaupun kamu mungkin orang yang terbodoh di dunia!. bahkan dia begitu gembira kerana dapat membantu kamu. dia tidak pernah mengelak dari menunaikan permintaan kamu walau sesukar
mana permintaan mu.


20].Kalau kamu melihat handphone-nya maka nama kamu akan menghiasi sebahagian besar INBOX-nya. Dia masih menyimpan SMS-SMS dari kamu walaupun ia kamu kirim berbulan-bulan atau bertahun-tahun yang lalu. Dia juga menyimpan surat-surat kamu di tempat khas
dan segala pemberian kamu menjadi benda-benda berharga buatnya.


21] Dan jika kamu cuba menjauhkan diri daripadanya atau memberi reaksi menolaknya, dia akan menyedarinya dan menghilang dari kehidupan kamu, walaupun hal itu membunuh hatinya.


22] Jika suatu saat kamu merindukannya dan ingin memberinya kesempatan dia akan ada menunggu kamu kerana sebenarnya dia tak pernah mencari orang lain. Dia sentiasa menunggu kamu.


23] Orang yang begitu mencintaimu, tidak pernah memaksa kamu memberinya sebab dan alasan, walaupun hatinya meronta ingin mengetahui, kerana dia tidak mahu kamu terbeban dengan karenahnya. saat kau pinta dia berlalu,dia pergi tanpa menyalahkan kamu,
kerana dia benar-benar mengerti apa itu cinta.

Siapa yang paling dipercayai??

ok.. hari ini aku br cek nuffnang.. ak telah berjaya earn my first RM1.. hehe.. wlaupon RM1.. tp sape nk bg free2 wehh.. hehe.. so kena la update2 slaloo blog ni.. bese nye entry2 aku berkaitan dgn hal2 yg berkaitan dgn sekeliling aku je.. xlari jaoh mane pon..hehe

so aku nk tnye korg la kn, dlm hidup korg.. sape org yg paling korg percaya?? family? btol ke? tp korg slaloo ke share everything dgn fam korg? segale rahsia luar dan dalam, korg cite sume ke? naa~ mcm x je.. sbb slaloo nye dgn fam, mesti ada bende yg korg xboleh nk share..

kalau kekasih? mostly, mmg mudah la percaya kt cple dorg.. korg akan cerita sume bende.. ape2 saje yg berlaku dlm hidup korg, sume korg nk share termasuk la hal2 fam gax.. sbb tu ramai jugak la golongan wanita ni percaya kan lelaki smpai snggup bg segale2 nye.. ptt ke x?? ish~ sgt xpatut.. mintak jaoh la bnde2 gitu ngn aku..

kawan2 plak.. mostly, dorg adalah pendengar yg setia.. susah senang nangis ketawa, sume dorg boleh dengar.. tp kawan yg baek dan rapat la.. tp mcm mane dorg setia mendengar pon.. dorg xmembantu sgt pon utk selesaikan masalah korg.. dorg hanya boleh bg pendapat.. selebihnye, korg kena pikir sendiri..

bg aku.. utk percaya pd seseorg tu ada tahap2 nya.. aku percaya2 skalipn.. xde la smpai 100%.. pling high pon 80-90% je aku boleh trust org.. another 10% tu ragu2.. mmg perlu ada.. supaya kite sntiasa berhati.. xkire la pd family ke kekasih or even kawan.. sbb golongan "backstabber" ni mmg ada d mane2..

family adalah golongan yg korg boleh percaya sampai mati.. tp mmg natural dorg bersifat protective.. so kalau korg tnye pendapat utk bende2 yg dorg rase xperlu.. of coz la akan kne reject.. sbb tu la xsemua bnde korg akan share..

tp ada jugak adik beradik yg tikam dr blakang.. mmg korg boleh trust dorg.. tp bkn 100%.. sbb byk jugak terjadi.. adik jd penjamin.. abg xbyar hutang.. adik kena tnggung hutang abg.. hua~ melampau la ni.. so korg kalau nk main jamin2 ni tgk2 dlu.. jgn main sign je.. bahaye~

dan kekasih! org yg paling xboleh dipercayai.. smpai la korg kawin nt.. sbb bile2 mase je korg boleh di tipu!!

bg lelaki.. jgn la terpedaya sgt dgn perempuan yg konon sopan, baek, lemah lembut.. sbb selagi dia bergelar manusia.. dia ada 90% tendency utk menipu.. sbb xde org nk dirinya dipersalahkan dlm ape2 hal pon.. so d last choice, in fact d best ever choice is menipu..

same la mcm lelaki pon.. gurl2 jgn la terlalu percaya sgt manusia bergelar lelaki ni.. bile pmpuan tu da xde value bg dia (maksudnye bile korg da bg segale2nye kt dia), bile2 mase je korg boleh d tinggalkn bodo cmtu je.. so sile lah berhati2 ye~

d middle class group is kawan2.. dorg ni 50-50 to be trusted.. sbb dalam ramai2 kawan2 tu xsemuanya kawan baek.. ada gax musuh dlm selimut.. duri dlm daging.. haih! mcm2 lg la.. so kena pandai2 la pilih kawan.. bile kite jumpe kawan yg betol2 baek dgn kite.. its always last forever.. n korg boleh share everything dgn dorg.. kalau setakat kawan kenal 2 3thun.. jrang jumpe, contact sume.. xboleh lg nk kire kawan baek..

walau mcm mane skalipn.. percaya tu terlalu subjective utk d label kn pd seseorg manusia.. sbb manusia ni ada 1001 perangai.. susah nk predict ape yg akn dia buat akan datang.. so perlu utk kite reserve 10-20% of our trust to ourself..

Wednesday, February 16, 2011

Maaf

Maaf jika "Masa hadapan" itu bukan milik aku...

Maaf jika "Akan datang" itu bukan milik kamu...

Maaf jika suatu hari nanti aku akan mengecewakan kamu...

maafkan aku...


Sesungguhnya takdir itu rahsia Allah... jodoh itu rahsia Allah... Ajal itu rahsia Allah...